Selasa, 28 Februari 2012

penatnyaaaaa....

Views

uhuq uhuq *batok betol2 tw

huaghhh...batok dh bape hari dah,..
sngguh tak suka,.dengan selsema lagi..xsuka xsuka xsuka..sebab tersangat2 lah azab..
nk tawu azab apa??

1)asal nk cakap je xbole,mesti batok2..* menganggu ketenteraman suasana yang aman damai

2)nak tidur malam pon susah,asyik batok xhenti2..

3)sakit sangat perut ni sebab dok tahan sangat nak batok..

4)selsema ni pon nak jugak menghinggap kt aku..


*esok ada presentation untuk subject PR(MKT310),macam mana aku nak bercakap kt depan dengan suara aku yang sengau ni?kalau aku sorng je xpe lh,ni berjangkit kt group members aku yang lain..hahaha bangga sat dapat sebar virus batuk n selsema aku kt depa,..hihi jangan marah2 nah sayang-sayang aku semua,kata kawan kan??susah senang sama2 kan?masa sekarang ni la nak buktikan pon kan...??hahahaha (gelak besaq sat)

tgok lah muka org sakit niyh..=D k bai




Jumaat, 24 Februari 2012

argghhh stress!

Views
fuh penatnye,
minggu yg paling stress kot minggu ni,
stiap hari ada je esaimen mnanti,..
tu la masa awal2 sem bt ralit lg...
tgok skrang sape yg susah??
x diri sendiri jugak..
huhuhu kesian x korang kt aq..??

check it out my schedule:

JUMAAT: SHOOTING VIDEO ARAB,DO ASSIGNMENT MKT
SABTU:STUDY 4 TEST MGT(TEST 2)
AHAD:TEST MGT,SHOOTING DRAMA ARAB,BUAT REPORT
ISNIN:CLAS,STUDY 4 FINANCE (TEST 2)
SELASA:TEST FINANCE,REPORT MKT
RABU:PRESENTATION MKT,SUBMIT REPORT MKT(PR)
KHAMIS: YEAH BOLE BALIK..!!

study week sudah...
2hb march-16hb march
17march da start FINAL EXAM ok,
sangat stress...


*jom layan pic.. =D


Khamis, 2 Februari 2012

SABAR PENGHILANG PENAT,TEKUN PEMBAWA DEKAT

Views
Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

Kata-kata Hikmah Pujangga

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.


Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


Rabu, 1 Februari 2012

SESAAT KAU DATANG

Views
suka dengar lagu ni..

bibir tersenyum,hati menangis

Views
dugaan demi dugaan datang bertimpa
sanggup ke aku ntuk terus bersabar lagi..?
aku wanita punyai hati yg lembut,
kapan bila aku sanggup bertahan lagi yg Allah..
bibir tersenyum bila dihadapan kawan2,
tapi hanya aku yang tahu apa yang terjadi..
bukanlh jugak sifatku untuk ceritakn masalah aku dekat orang lain
even dengan family sendiri..
aku malu dengan diri aku,malu dengan semua orang,
kenapa takdir tak menyebelahi aku..
sampai bila nak macam ni?
tabah ke aku untuk terus menghadapi dugaan mu.?
semakin berat dugaan yang dikurniakan,
tp mampukah hamba mu ini menerima dugaan Mu dengan hati yang sabar & tabah..
hanya mampu keluarkan airmata sebagai penenang jiwa
pengubat duka lara aku selama ini..
Ya Allah aku xsanggup lagi ya Allah
untuk menghadapi cabaran dan dugaan Mu didunia ini..
akan adakah sinar kebahagiaan dalam hidup kami?
sampai bila kami kena lalui semua ini..?
bantu kami ya Allah
dengarlah doa kami ya Allah..
amin ya rabbal a'lamin